Daftar SSM dengan alamat premis yang hendak dilesenkan.
Daftar SSM yang mempunyai alamat cawangan untuk dilesenkan.
Pemilik perniagaan yang memiliki pendaftaran PERNIAGAAN (ROB) atau PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD (PLT) SSM, perseorangan atau perkongsian, pastikan anda menukar ALAMAT PREMIS yang hendak dilesenkan pada Borang D, SSM sebelum membuat permohonan Pelesenan.
Jika pemilik perniagaan memiliki lebih dari satu premis perniagaan utama, anda dikehendaki mendaftarkan alamat premis-premis yang lain sebagai cawangan.
Pastikan anda memiliki Maklumat Perniagaan dan Maklumat Pemilikan.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Bagi pemilik perniagaan yang baru mendaftarkan syarikat SENDIRIAN BERHAD, pastikan anda memiliki dokumen Seksyen 17 dan Seksyen 14 - Superform.
Bagi pemilik syarikat SENDIRIAN BERHAD sedia ada pastikan anda memiliki Memorandum and Articles of Association (M&A), Borang 9, 49 dan 24, dan Borang 13 jika syarikat pernah membuat penukaran nama.
Sewajarnya semua dokumen-dokumen daftar perniagaan atau syarikat tersebut mempunyai Certified True Copy (CTC) SSM secara digital (bawah kiri) - bukan cap (rubber stamp) CTC dari Company Secretary.
Pemilik perniagaan boleh membuat belian dalam talian dan memuat turun dokumen-dokumen tersebut di
Seksyen 17 dengan CTC digital SSM.
Seksyen 14 - Superform dengan CTC dital SSM.
No comments:
Post a Comment