Syarat Tambahan.

MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

1. Memohon permit sekatan dinding terlebih dahulu jika premis mempunyai binaan sekatan dinding.
:: Bayaran perkhidmatan RM1,000.00, buku pelan RM50.00 tidak termasuk bayaran permit tahunan MBSA.
2. Pastikan pemilik premis/perniagaan tidak mempunyai apa-apa tunggakan saman/kompaun/denda dengan MBSA.
3. Pastikan alamat premis tertera pada papan iklan.

MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA

Sebaiknya membuat permohonan lesen premis perniagaan sebelum perniagaan dijalankan atau semasa proses pengubahsuaian sedang dijalankan.

1. Memohon permit sekatan dinding terlebih dahulu jika premis mempunyai binaan sekatan dinding.
2. Memohon permit ramp/awning.
:: Bayaran perkhidmatan perunding & akitek dan perkhidmatan permohonan Jabatan Bangunan RM3,500.00 serta bayaran perkhidmatan RM 500.00 tidak termasuk bayaran permit tahunan MPSJ.

Bengkel/Kedai Aksessori Kereta.
1. Memohon permit petak letak kereta. RM150.00/petak x 1 bulan.
     * Bayaran perkhidmatan RM 350.00 tidak termasuk bayaran permit tahunan MPSJ.
2. Memohon permit ramp/awning dan sekatan dinding.

Pusat Cuci Kereta.
1. Memohon permit petak letak kereta. RM150.00/petak x 1 bulan.
    * Bayaran perkhidmatan RM 350.00 tidak termasuk bayaran permit tahunan MPSJ.
2. Memohon permit ramp/anjung (awning) dan sekatan dinding.
3. Lantai hendaklah dipasang jubin sepenuhnya.

Pusat Perkembangan Minda Kanak-Kanak.
1. Memohon permit Kebenaran Merancang.
2. Memohon permit sekatan dinding.
:: Bayaran perkhidmatan Kebenaran Merancang RM500.00 dan RM200.00 bayaran proses Jabatan Perancang MPSJ.


MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

Kedai Makan/Restoran
1. Pastikan memasang corong asap.
2. Pastikan memasang perangkap minyak pada sinki utama.
3. Majikan dan setiap pekerja memiliki Sijil Pengendalian Makanan dan suntikan TY2.

Tadika/Taska
1. Mohon kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. (Tadika sahaja)
2. Mohon kelulusan Perakaun Pendaftaran Jabatan Kebajikan Masyarakat. (Taska sahaja)
3. Mohon kelulusan Kebenaran Merancang Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ.

PENTING:
Pastikan tiada premis yang menjalankan aktiviti yang sama dalam jarak radius 200 meter.
Mohon kelulusan kebenaran merancang 3-5 bulan sebelum menjalankan aktiviti Tadika/Taska.
Kompaun dikenakan bagi aktiviti yang dijalankan sebelum kelulusan Kebenaran Merancang sehingga RM12,500.00


MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Kedai Makan/Restoran
1. Pastikan memasang perangkap minyak pada sinki utama.
2. Majikan dan setiap pekerja memiliki Sijil Pengendalian Makanan dan suntikan TY2.
3. Bayaran kutipan sisa pepejal RM70.00 sebulan.
4. Mohon permit kaki lima (jika perlu) RM150.00 sebulan. (maksima 10 meja).
    4.1. Perlu mendapatkan polisi insurans Liabiliti Awam.
:: Bayaran perkhidmatan RM250.00 tidak termasuk bayaran permit tahunan MPKj.

Kawasan Perindustrian
1. Sokongan Jabatan Alam Sekitar Selangor.
:: Bayaran perkhidmatan RM350.00.

DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Gimnasium:
1. Bayaran lesen premis perniagaan mengikut keluasan premis pada kadar RM50.00 satu meter persegi.

Pusat Perkembangan Minda Kanak-Kanak:
1. Dokumen kebenaran/kelulusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Swasta.


RESTORAN, KAFE, BISTRO DAN PEMBUAT MAKANAN.

Pemilik perniagaan dan pekerja MESTI mendapatkan suntikan vaksin TY2 dari mana-mana klinik kerajaan atau klinik swasta DAN Sijil Kursus Pengendalian Makanan.


2 comments:

  1. Mcm mane nk tanye encik ye? Byk pulak nk tanye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hubungi saya 017-2647492 atau Whatsapp. TY!

      Delete