Dokumen & Bayaran.

DOKUMEN DAN BAYARAN PERKHIDMATAN PERMOHONAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN DAN PERINDUSTRIAN DAN PAPAN TANDA DARI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT).

Bayaran perkhidmatan bagi permohonan lesen premis PERNIAGAAN dan PAPAN IKLAN :

DBKL - RM 500.00

MPAJ - RM 500.00 Sokongan Bomba RM150.00 Proses: RM50.00

MBSJ - RM600.00

MBPJ - RM600.00

MPKj - RM600.00 Sokongan Bomba: RM150.00
Proses: Perniagaan RM 50.00, Industri RM 100.00

MPSelayang - RM 600.00 Proses: RM 50.00

MBSA - RM700.00 Proses: Perniagaan RM 50.00, Industri RM 100.00

MPSepang - RM700.00 Proses: RM50.00

MPKlang - RM750.00

Bayaran perkhidmatan bagi permohonan lesen premis PERINDUSTRIAN dan PAPAN IKLAN : RM850.00

(tidak termasuk bayaran pelekat lesen, lesen premis perniagaan dan lesen papan iklan tahunan PBT serta bayaran cagaran dan pencarian atau permohonan permit berkaitan [jika ada] dari Jabatan Bangunan dan Jabatan Perancangan Bandar)

Dokumen yang diperlukan:

1. Salinan kad pengenalan/pasport pemohon.
    - Visa Dagang (Employment Pass) bagi warga asing.
2. Gambar pemohon berukuran pasport.*
3. Salinan Pendaftaran Perniagaan (Borang D, Maklumat Pemilik dan Perniagaan) ATAU
    Pendaftaran Syarikat (Borang 9, 24, 49 dan M & A) ATAU Seksyen 17 dan Seksyen 14            (Superform)
4. Salinan Perjanjian Sewa Premis (Tenancy Agreement).*
5. Salinan Sijil Layak Menduduki Bangunan (Certificates of Fitness (CF)).
6. Salinan Cukai Taksiran (tanpa tunggakkan).*
7. Salinan Pelan Lantai.*
8. Lakaran warna dan ukuran papan tanda.
9. Pengesahan bahasa pada papan tanda daripada Dewan Bahasa dan Pustaka.*
10. Cop Syarikat - alamat penuh & nombor daftar perniagaan.

Dokumen & syarat tambahan bagi pengendalian makanan:

1. Salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan.
2. Salinan surat pemeriksaan doktor dan suntikan TY2.
3. Senarai nama pekerja.
4. Foto perangkap minyak (grease trap) pada sinki membasuh peralatan penyediaan makanan.
5. Salinan perkhidmatan kawalan makhluk perosak yang berdaftar dengan PBT.*

Dokumen tambahan bagi PERINDUSTRIAN:

1. Surat sokongan Jabatan Alam Sekitar.*
    - Carta aliran perindustrian.
    - Salinan Cukai Tanah/Geran Tanah.
    - Pelan Tapak Kilang.

Syarat Jabatan Bomba dan Penyelamat:

1. Surat Sokongan Jabatan Bomba dan Penyelamat.*
2. Salinan Resit/Permit alat pemadam api.*

Nota:
Premis mestilah memiliki minima 2 unit pemadam api bagi perniagaan dan 6 unit bagi perindustrian.
1. Harga bagi alat pemadam api 9kg Serbuk Kering (Dry Powder) - RM150.00/unit.
2. Harga bagi alat pemadam api 2kg Karbon Dioksida (CO2) - RM180.00/unit.

Bagi premis yang ketiadaan Sijil Layak Menduduki Bangunan (CF),
1. Bayaran untuk Carian Rasmi - RM300.00/carian.

Bagi dokumen Pendaftaran Syarikat/Perniagaan yang memerlukan 'Certified True Copy' (CTC) dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
1. Pendaftaran Syarikat (ROC) RM250.00
2. Pendaftaran Perniagaan (ROB) RM150.00

(*) - Tertakluk pada terma Pihak Berkuasa Tempatan.

SEMUA BAYARAN PERKHIDMATAN DAN BAYARAN BERKAITAN HENDAKLAH DIJELASKAN SEBELUM PERMOHONAN.

Terima kasih.

CARTA ALIRAN PERMOHONAN LESEN PERNIAGAAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN.